Manchester United adalah pasukan yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pasukan yang sudah pastinya paling dibenci oleh penyokong-penyokong Liverpool sendiri bahkan juga penyokong pasukan lain.. Bukan benci kerana kejayaan mereka, tetapi benci kerana kekaratan dan keegoan penyokong-penyokong mereka. Berzaman-zaman dibawah empayar Alex Ferguson, penyokong mereka semakin riak. Tapi itu dulu, musim 2013/14 pakcik Alex dah pencen dan lepaskan jawatan kepada Moyes. Apa yang kita nampak, dibawah pengurusan baru, wajah pasukan MU ini juga menjadi haru biru. Kalau dulu digeruni, tapi kini dah hilang taring tu pun. Buktinya dalam 5 perlawanan liga mereka telah kalah dua kali. Sekali dengan Liverpool dan yang terkini dibelasah jiran bisingnya Manchester City 4-1. Tak mengapa, anggap je mereka buang buruk diawal musim.
Kita lupakan sebentar pasal mengutuk MU. Kembali kelandasan sebenar mengkaji kelebihan pasukan Liverpool kita ni. Perlawanan esok adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh semua penyokong Liverpool. Pintu besi telah dibuka, gari telah ditanggalkan. Maka bebaslah ayam tambatan Liverpool Luis Suarez untuk kembali menggegarkan dunia bolasepak Inggeris setelah dianiaya selama 10 perlawanan tanpa belas kasihan. Amukkannya pasti akan digeruni oleh semua seterunya lebih-lebih lagi takut jadi mangsa kena gigit lagi. Itulah kelebihan bintang Liverpool ini. Mengelecek bijak, jaringkan gol pandai, maki orang pandai apatah lagi gigit orang. Hebat2.
Nak cerita rekod pertemuan lalu, memanglah kita akui Liverpool agak terpinggir. Tapi jika dibandingkan keputusan musim ini, Liverpool dah pun berjaya mengalahkan pasukan MU ni. Tapi awas..... Berasa akan mudah untuk mengalahkan mereka pagi esok adalah sesuatu keputusan yang memang tidak tepat. Jika dibandingkan corak permainan dalam perlawanan lalu, Liverpool banyak bertahan pada separuh masa kedua untuk menangkis serangan pasukan mereka. Bezanya ketika itu mereka ada Van Persie tapi tiada Rooney, Liverpool ada Sturridge tapi tiada Suarez. Esok pula mereka ada Rooney tapi tiada Van Persie yang masih cedera dan Liverpool pula ada Sturridge dan ada juga Suarez. Nampaknya adalah lebih sikit advantagenya. Tapi harus diingat, 99% pemain yang ada dalam MU adalah bekas anak didik pakcik Alex. Mereka semuanya adalah yang terbaik dan boleh menjaringkan gol walaupun tanpa pemain bintang. Tua-tua Ryan Gigs pun, ligat lagi tu.
Kesebelasan pemain utama Liverpool yang akan diturukan esok pasti akan ada beberapa perubahan. Selain kecederaan yang melanda pemain-pemain utama kita, BR juga mahu merehatkan sebahagian pemain-pemain yang ada demi menjamin kecergasan mereka berkekalan. Kaki mereka nak pakai lamalah katakan. Jadi kenalah bijak membuat percaturan yang tidak akan memakan diri sendiri. Keadaan Agger yang masih kurang cergas pasti akan mendorong BR untuk meletakkan bahagian pertahanan tengah gandingan Toure dan Sakho. Skrtel juga berkemungkinan akan di letakkan sebagai pemain simpanan. Posisi pertahanan kiri pasti akan dikuasai oleh Enrique sementara sebelah kanan pula Martin Kelly akan diberi peluang.
Midfield sudah pasti abang long Gerrard akan beraksi cuma gandingannya kali ini pula ialah bersama Joe Allen. Kehebatan Moses pasti ditagih lagi untuk berada di sayap kiri sementara Jordan Ibe pula berada di sayap kanan. Backup Striker akan diberikan kepada Suarez bagi membantu Aspas mencipta gol pertamanya dalam musim ini. Seperti apa yang saya nampak, ada persefahaman antara Aspas dan Suarez berbanding Sturridge. Setakat ini, Aspas masih terkial-kial mencari rentak sewaktu berdamping dengan Sturridge. Saya masih ngat sewaktu perlawanan pra musim bagaimana gandingan Aspas dan Suarez ini membuatkan Aspas bijak menjaringkan gol. Mungkin inilah yang tepatnya. - SUAREZ = ASPAS dan COUTINHO = STURRIDGE. Kalau tak percaya kita lihat esok andainya gandingan Aspas dan Suarez ini diturunkan, boleh tak Aspas buat gol. Lagipun Sturridge nak juga rehat. Nanti cedera, bertambah-tabahlah beban Liverpool.
Barisan kemungkinan jer ni.
"ASPAS"
"SUAREZ"
"MOSES" - "GERRARD" - "ALLEN" - "IBE"
"ENRIQUE" - "SAKHO" - "TOURE" - "KELLY"
Kesimpulannya, walaupun Liverpool terpaksa menghadapi gelora Stadium Bung Alex (Old Trafford), ia bukan satu alasan Liverpool untuk mengaku kalah sebelum berjuang. Liverpool yang tewas kepada Southampton Sabtu lalu pasti akan menjadi harimau untuk menebus kekecewaan itu. Tetapi jangan dilupa MU juga bakal menjadi singa untuk menutup kemaluan 4-1 yang berlaku di Stadium Etihad. Harap-harapnya biarlah MU menjadi MUnyet daripada menjadi singa. Senang sikit nak melangkah ke pusingan seterusnya. Mudah-mudahan. YNWA.
MANCHESTER UNITED vs LIVERPOOL
[Capital One Cup 2013/14 - Round 3]
Venue : Old Trafford
Tarikh : 26 September 2013 | Khamis
Waktu : 02:45 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH811] | Astro SuperSport HD [CH833 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 | LINK 6 (register user sahaja)
Share this article :
No comments:
Post a Comment