Tuesday, November 5, 2013

Hello Kitty Cafe, Hongdae



Hellloo!!!






Kalo mereka yang pernah melawat ke Seoul, mesti perasan deretan kedai-kedai coffee yang mempunyai pelbagai jenis tema whatsoever. Aku dulu dalam kunjungan lepas memang tak lepaskan peluang saje-saje datang lepak minum coffee takpun makan waffle panas-panas yang dihidangkan. Saje suka tengok ambience yang berbeza dari kita biasa tengok kat Malaysia. Kalo tak Starbucks, Dome takpun San Francisco untuk ummah universal. Kalo Old Town White Coffee, Pak Li Kopitiam sekadar menyebut beberapa nama pulak untuk ummah Malaysia Lokal. 


Sebelum ni, aku penah ceritakan berkenaan coffee shop yang penah aku singgah ---> SINI 


Untuk kunjungan kali ke-2 ke Seoul, aku dah lama aim nak jejakkan kaki ke Hello Kitty Cafe. Dah lama dibukak, tak silap lepas aku balik dulu baru dia bukak. Saje nak tengok kekiutan Hello Kitty ni walhal aku sendiri pun tak tau mana datang asal usul binatang kucing femes nih! Yela.. aku sendiri pun dah comel~ *muntah hijau*


Kalo tak silap aku, kat Seoul sendiri ada 3 buah cawangan Hello Kitty Cafe nih. Tapi cawangan aku pegi ni terletak di Hongdae. 




Direction untuk ke Hello Kitty Cafe, Hongdae:



  • Naik subway Line 2 (Hijau), then turun kat stesen Hongik Universiti


  • Keluar ikut exit 9, dan terus ke jalan belah kiri anda nampak Paris Baguette


  • Jalan terus, dan belok ke kiri pada lorong yang ke-2


  • Jalan terus sambil memandang ke kiri anda, nanti akan nampak Hello Kitty bangunan kaler pink yang agak tersorok



Kalo sesat gak, jangan malu bertanya kat pegawai informasi yang berpakaian merah untuk menunjukkan jalan. 





hello kitty cafe hongdae 1

Bila dah jumpa tu, teruslah masuk. Haihhh semuanya kiut-miut lah kat dalam tuh! Kalo kapel-kapel yang suka benda comel-comel gini confirm masuk! Alaahh.. bukannya nak makan bersungguh pun dalam tu. Takde jual macam nasik goreng, mee goreng takpun tomyam! Kat dalam tu sekadar makan waffle etc dan jugak minum pelbagai jenis coffee kalo berminat yang didekorasi dengan bentuk Hello Kitty. 


Aku pun sekadar nak merasa.. jom tengok gambar!














hello kitty cafe hongdae 2

bangunan!












hello kitty cafe hongdae 3

konon-konon comel ler tew~



hello kitty cafe hongdae 4












hello kitty cafe hongdae 5

antara cenderahati yang dijual












hello kitty cafe hongdae 6

bahagian dalam












hello kitty cafe hongdae 7

anak patung size anak kecik



hello kitty cafe hongdae 8












hello kitty cafe hongdae 9

waffle... yumyum! berharga KRW4,200












hello kitty cafe hongdae 10

air coffee latte KRW3,500



hello kitty cafe hongdae 11

Okla kalo nak datang sini sekadar singgah lepaskan penat lelah berjalan tu. Ada gak wifi free disediakan. Time kitaorang datang ni, memang agak penuh cafe ni. Nasib baik ada tempat kosong kat bahagian atas. Segenap inci bahagian dalam cafe ni dihiaskan dengan pelbagai bentuk Hello Kitty!


Kalo comel, datanglah!


Bye!



No comments:

Post a Comment